it Me

Wednesday, February 29, 2012

29 FEBUARI 2012

Hari nie jarang-jarang ditemui dalam setahun, hanya 4 tahun sekali je hari ini akan muncul.


Sepatutnya hari ini aku berada di UTHM untuk melaporkan diri untuk berjihad kembali sebagai anak tentera yang akan ke medan perang bersama-sama buku-buku yang setebal dan seberat yang hanya mampu dicapai dan ditanggung oleh seorang PELAJAR. Akhirnya...aku terpaksa menangguhkan hasrat itu, tunggu daku pada semester akan datang ye UTHM =)


Hari ini jugak my little brother flight back to Jogjakarta dengan terpaksa tidak hadirkan kuliah hari ini dengan kecuaian dia jugak. Nie la sikap adik aku yang tak pernah berubah dari dulu sampai lah sekarang. Sebenarnya flight dia semalam kul 3 petang, tapi pada pukul 2.30 untuk check in dia baru tersedar yang passport dia dengan beg hilang padahal dah sampai ke LCCT jam 1.00 petang dengan selamba pergi jalan2 and makan-makan dulu then xsedar langsung. Rupanya tertingaal kat cyberjaya sebab pagi tue pergi hantar abang dia pergi interview. Jangan tanya apa reaksi abah aku lah memang darah dia naik tinggi tengok perangai anak-anak dia. Nasib lah ada tiket untuk hari nie dan sekarang itu budak dah dalam kapal terbang kul 11 pagi td dia naik...zizi zizi apa yang ko buat nie..jangan buat lagi k...


Hari nie jugak hidup aku akan berubah dengan sekelip mata. macam mana lah aku nak lalui hari-hari mendatang...


Tiba-tiba terbayang wajah abah aku time aku taip entry nie..terbayang wajah hampa seorang bapa bila anak dia buat keputusan untuk tangguh belajar sedangkan dia betul-betul berharap pada anak dia yang sorang nie. Sebak bila aku terfikir susahnya aku nak luahkan hasrat aku pada malam tue dengan sambil aku makan ayam goreng aku luahkan jugak pada dia. Dia xpandang wajah aku time aku dah cakap hasrat aku dan setiap soalan yang dia ajukan tak menoleh aku hinggalah ayat terakhir dari mulut dia "terpulangla ko yang nak belajar bukan abah" time tue memang dah berlinang dah airmata nie tapi cool tahan hingga dah xleh tahan aku bangkit terus ke bilik dan menangis dalam gelap hingga la tertido.


Pagi esoknya, aku nekad kalau abah aku xtegur aku sebelum dia pergi hospital aku akan teruskan jugak belajar dan akhirnya dia tegur aku seperti biasa dan sempat pesan "buat penangguhan tue cepat esok dah naik kerja" kembali senyum wajah ku yang pada awalnya muram dan acting macam kuat padahal tidak sekuat mana.


Selepas abah pulang dari hospital dia baring je kat bilik aku sorang-sorang tapi fikiran dia entah kemana-mana sebab dia xtido tp macam orang mengelamun mungkin dia fikir pasal anak-anak dia. 


Susah kan nak faham hati seorang bapa dan bapa jugak susah nak faham kehendak anak. Itulah kehidupan namanya xsmua dalam dunia nie kita dapat sempurnakan seperti yang di inginkan dan xda siapa pun yang sempurna kat muka bumi Allah nie..


So isma..teruskan hidup dan capai lah apa yang kamu nak capaikan sebelum kamu pergi menunaikan hajat ayahanda kamu..dan buat kawan-kawan yang sambung master saing-saing, korang sambung lah dulu..isz menyusul next semester..=)





Thursday, February 16, 2012

Stress

Korang tahu apa maksud gambar kat bawah nie???



Dah tahukan???
Surat pun dah sampai kat rumah siap ada borang pendaftaran lambat dengan penangguhan semester.

Sekarang ini nak wat penanguhan tok master nie tapi abah saya menghalang dan dia berkeras untuk aku teruskan jugak mean aku kena jugak daftar 29hb nie...tp sekarang aku kerja sayang nak tinggalkan kerja aku yang sekarang nie memandangkan susah nak dapat kerja dengan gaji yang aku dapat sekarang nie....yg penting cukup tok shopping!! hahahaha

Kalau aku nak buat kerja gila pun bole gak keja dengan belajar agak2 xda kelas aku masuk office...tp sampai bila aku larat kan nak ulang alik BP-JB huhuu so terpaksa pilih salah satu then keputusan aku memang nekad nak tangguh...so kena la aku pulun unutk memujuk abah kesayangan saya nie untuk akur dengan keputusan aku kalinie...........

Hopefully everything gonna be ok dan lancar je...amin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...