it Me

Saturday, January 28, 2012

Cinta itu Racun!!!

Kenapa????!!!!!!!!!!


Why?????????!!!!


Cinta itu Racun!!!!!


Cinta memang indah, Allah berikan kasih sayang yang paling bermakna kepada manusia untuk mencintai dan dicintai oleh pasangan yang lelaki ataupun perempuan. Tapi manusia yang menjadi punca Cinta itu Racun dengan tindak tanduk sendiri yang menjadikan ia sekeruh air ombak dipesisir pantai. 


Rasa sakit bagai dihiris pisau dengan rela hingga membiarkan darah keluar dari kesan hirisan. Kenapa mesti wujud perasaan ini dikala kebahagian semakin dekat. Adakah syaitan sedang menghasut hati dan fikiran untuk mengelapkan mata seseorang ataupun ini ujian Allah untuk hambanya supaya bersabar dan selalu berada disamping-Nya dan tidak pernah lupa akan peneman ketenangan manusia iaitu Al-quran. Ya Allah...


Adakah aku memang seorang yang sangat sangat sensitif sebenarnya atau keadaan yang dah melampau hingga aku perlu untuk terima semua nie dengan begitu kejam hinggakan MAAF bukan lagi pengubat segala kekeruhan tapi PENJELASAN adalah penawar yang terbaik tapi kenapa membiarkan ia seperti watak drama lakonan yang boleh dilupakan dengan mudah semudah ABC???perlu ke PAKSAAN yang diberikan baru semuanya akan berakhir dan perlu ke KEADILAN yang dipinta ditunaikan sedangkan kamu selalu tidak  adil.


Teruskan lah kamu dengan kekayaan yang kamu ada kecapilah selagi mampu sebelum Allah menunjukkan kamu apa yang telah kamu hilang dengan perbuatan kamu sendiri. Saat kamu berjaya kamu lupa akan kehadiranku, kamu lupa akan perasaanku, kamu lupa akan tangisanku selama nie, kamu lupa akan hak ku, kamu lupa akan segala janjimu....teruskan lah...aku akan cuba untuk tidak kisah akan smuanya kerana aku masih lagi berpegang dengan janjimu yang satu...semoga Allah akan memberikan aku jalan untuk menghadapi dugaan yang paling getir dan perit dan semoga apa yang kami rancangkan akan berterusan kerana Engkau Maha Mengetahui. Jika dia jodoh yang Engkau tetapkan maka satukan kami dengan penuh kesyukuran jika dia bukan jodohku maka Engkau permudahkan urusan kami supaya kami tidak bermusuhan antara satu sama lain.


Ya Allah, bimbinglah aku dan lindungilah aku dari godaan syaitan serta hentikanlah tangisan ku ini dan Engkau tunjukkan aku jalan yang terbaik kerana aku terlalu menyayanginya. Amin.


p/s: mencuba dan berusaha untuk menyelamatkan segalanya selagi mampu untuk mencapai kembali kebahagian 3 tahun lalu.


Mungkin aku yang terlalu tertekan atau cintanya semakin pudar akan kegelapan duniawi yang dilaluinya sekarang atau segala yang dia lakukan adalah untuk masa depan kami bersama..yang baik pasti akan diredhai dan akan ditunjukkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...