it Me

Tuesday, July 3, 2012

Betul Ke Tindakan Aku???

Hari isnin yang lepas, masuk office lambat sebab nak kena pergi UTHM uruskan penukaran MASTER dari Full time ke Part time. Berat nak masuk u uruskan benda nie sampai siap mak saya pesan suruh pergi pasar dulu. kena beli ayam, sayur bagai.

Balik umah je soalan pertama mak saya "dah uruskan master??" "apa yang perlu buat??" "banyak x kelas kalau full time??" "boleh berkejar2 masuk office ngn masuk kelas x?" pening aku nak menjawab. Tapi borang dah amik tinggal isi dan hantar je pastu ada ke patut bakal menantu mak saya nie cakap kalau kelas xbanyak sangat buat je full time lagi lah mak saya kuat nak suruh aku buat full time je. Abah saya dah pasrah dah janji aku sambung belajar dia dah tak kisah dah malah dia support bisness yang aku hadap nie.

Tapi aku rasa berat pulak bila tengok mak siap tunggu aku bertolak tak cukup sembang dalam rumah aku dah kat dalam kereta pun dia sempat tanya lagi. Nie yang buat hati resah semacam je.

Tak per, dah pun buat solat isytiharah dan semoga dapat pertunjuk yang baik dari Allah S.W.T

Seterusnya juga bakal membuat solat isytiharah untuk hubungan yang terbina sekarang dengan Mr.A dan seandainya memang inilah jodoh kami semoga segala perancangan ke alam seterusnya dipermudahkan. Amin.

p/s: hati makin berbunga-bunga lah sekarang =)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...