it Me

Thursday, August 4, 2011

Nothing!!

Betul ke aku dah hilang semuanya........i'm nothing right now...

sejak sejak sakit...sejak sejak mula kembali sihat...terasa macam dah hilang punca dan xtau sapa diri sendiri.......hari2 perasaan marah perasaan cemburu perasaan menyampah dan meluat mula ada dalam diri...selalu menyepi dan kalau adik2 aku bukak mulut aku akan membantah setiap yang diperkatakan hingga membuat mereka rasa benci pada aku.....rasa sangat2 zalim diri nie sekarang hingga keluarga terdekat pn terasa kehadiran sifat2 tue...

hari nie aku melihat mak aku menaggis kat belakang umah....rasa tersentak sekejab bila nampak kejadian tue....tibe2 hati mula lembut dan berfikir apakah kesalahan yang aku dah lakukan....sedar ke tidak kesalahan yang aku buat tue.....atau mak aku sedih akan perubahan yang berlaku disekelilingnya.......dengan majlis akak...dengan kate2 orang cana cinie yang xhabis2 nak bawak mulut atau tika mak aku perlukan sokongan aku tapi aku sakit jiwa hingga merosakkan segalanya......

aku jugak mula garang ngn kanak2 dirumah nie....setiap kebisingan yang mereka lakukan akan membuatkan aku sakit pale yang teramat sangat hingga aku terpaksa menjerit didepan kanak2 yang tidak berdosa itu..........sedeh bila mereka tidak lagi mesra mereka mula diam bila aku dekat.....terasa sangat diri sangat sombong dimata orang..sangat jahat dan sangat dibenci............

sejak bermulanya puasa...aku dah jarang bercakap ngn keluarga dan kanak2 riang umah asuhan ibu.....terasing mengurung diri di dalam bilik..hanya keluar untuk mandi, solat, sahur dan berbuka....hidup byk dihabiskan di atas katil bertemankan buku2 agama dan bantal serta selimut menyeliputi tubuh untuk berehat...........aku tidak mampu untuk berdepan dengan mereka lagi.....rasa tersangat mahu untuk lari dari umah dan pergi mencari diri yang hilang.............

walaupun mereka tidak pernah mengasingkan aku dan mak aku selalu ajak berbual tp beratnya nak buka mulut untuk menyapanya.......Ya Allah.....aku berserah segalanya...aku rindukan suasana yang meriah seperti dahalu.......kembalikan kekuatan dalam diriku untuk aku berhadapan dengan semuanya....sangat berharap dalam masa terdekat nie dapat memulihkan semuanya dan buat keluarga ku gembira...

buat kamu hamba Allah yang tidak perlu disebutkan namanya..terima kasih atas kesakitan yang kamu lakukan padaku....mungkin dengan segala yang terjadi kamu berasa puas telah memporakperandakan sebuah keluarga....terima kasih tidak terhingga semoga Allah yang menbalas segala perbuatan kamu.......

buat kamu, Mr. A..terima kasih kerana terlalu memahami keadaan dan sentiasa memberikan sokongan yang tidak pernah putus............

benci bila menyendiri....rasa sangat teruk...dah tiba masanya aku perlu melawan semuanya....walaupun mungkin berat pada awalnya untuk memulakan suatu kebaikan tp itulah penawar pada segala penyakit kejahatan.......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...