it Me

Thursday, April 12, 2012

TRUE STORY

Just nak share kat smua apa yang berlaku pada keluarga aku...


Makcik saya nie dah umur dalam 40-an dekat nak 50-an dah tapi masih xdikurniakan anak dan sudah pergi jumpa doktor bukan xboleh mengandung tapi doktor xsarankan mengandung disebabbkan faktor usia...dia nie dah kena tipu ngn orang yang nak bagi baby kat dia dekat 3 kali dan dia dah give up tapi yang terbaru memang confirm2 boleh dapat lah. so cerita nie berkenaan ibu bayi yang mengandung pada usia awal dan diluar nikah...


Cerita sebenar pasal si ibu yang fobia, meroyan after bersalin.


ok lah saya pendekkan cerita.


KETIKA DI HOSPITAL


Si ibu yang sakit nak bersalin nie sampai di hospital tapi nurse xlayan sangat disebabkan dia mengandung anak luar nikah!! biasanya ibu(sah nikah) yang bersalin akan pecah air toban dulu mungkinlah ini balasan Allah pada mereka yang mengandung luar nikah akan pecah darah dulu (waallahualam) tapi ini apa yang berlaku pada si ibu. Budak nie dah pecah darah sampai mengalir-ngalir kat kaki kepala bayi dah nampak tapi nurse kat hospital tue buat xtau dan suruh tunggu..xpelah mungkin lah ada pesakit lain tapi pandangan diaorang seolah-olah budak nie sangat jijik dimata diaorang dengan nada yang garang, layanan xikhlas dan buat xtau pada budak tue dan kandungannya.. sehinggakan budak nie meroyan selepas bersalin, jadi budak tungau..tau x mean dia macam sidekit ala-ala macam orang gila..cian kat budak nie...menanggis tengok nurse-nurse tue perlakukan budak nie macm nie..


Memang budak nie dah berzina dan lahirkan anak haram tapi bayi yang lahir tue tidak tau apa-apa dan tidak bersalah..sekurang2nya berperikemanusiaanlah sikit sesama manusia....mungkinlah ini punca kenapa banyak kes-kes buang bayi berlaku kat Malaysia nie..kita xboleh nak bendung masalah sosial tapi kita sama-sama manusia fikir biarlah ALLAH yang menghukum si Ibu dan si Pelaku tapi janganlah hukuman masyarakat yang diterima oleh mereka..kalau masih berlaku kita juga akan berdosa kerana menzalimi orang lain.


Cian sangat pada budak tue..anak imam, pelajar pandai dan SPM sangat bagus tp dia meroyan sekarang..xtau apa masa depan dia pas nie..bayi tue dia xpandang pun malah xsusukan..cian pada bayi tue..si ibu jadi mangsa ramai orang...


dan akhirnya makcik saya xamik bayi tue sebab penjaga si ibu ketika dihalau keluarga minta duit yg bayak untuk bayi tue..seolah-olah berlaku pedagangan disitu.....


si ibu akhirnya kembali ke pangkuan keluarga dan masih tidak sihat.....ingat! hubungan kekeluargaan xkan putus walau arang kamu contengkan ke muka keluarga mu...


harap sangat cerita nie jadi iktibar buat semua....janganlah kesalahan tue diterima hanya pada pihak perempuan sahaja..sedangkan yang memberikan sperma untuk membuat seorang wanita itu mengandung adalah lelaki..hanya kerana lelaki tidak melalui proses melahirkan anak dan xberdepan dengan tomahan masyarakat kamu letak kesalahan tue pada perempuan..amat zalimlah disitu....


sekian.

Tuesday, March 13, 2012

Boss!!

Arinie dapat lunch free dari boss...coz semalam off xdapat masuk office sebab xsihat....biasalah cuaca kat JB nie asik hujan je...


Thanks to my boss coz take care...Mr.A kamu jangan jeles ye ada orang lain yang amik berat pada buah hati kamu nie....hehehehe


kalau bos saya memang baik selalu macam nie ada chance nak pergi BANDUNG hujung tahun nie....hehhee rasa-rasa ada dalam list x tok join pergi trip holiday with Mr.A and the geng???hehehe boleh shopping barang2 untuk W-day kan Mr.A???hahahha mesti dia pening dengar hasrat aku yang nie hahahaha sabar jelah ada GF cam aku nie....


p/s: Teringin sangat nak holiday dengan my BFF before everything going fast to become a Mrs.A hehehehhee (gedixxxx!! excited!! hahahaha)

Wednesday, February 29, 2012

29 FEBUARI 2012

Hari nie jarang-jarang ditemui dalam setahun, hanya 4 tahun sekali je hari ini akan muncul.


Sepatutnya hari ini aku berada di UTHM untuk melaporkan diri untuk berjihad kembali sebagai anak tentera yang akan ke medan perang bersama-sama buku-buku yang setebal dan seberat yang hanya mampu dicapai dan ditanggung oleh seorang PELAJAR. Akhirnya...aku terpaksa menangguhkan hasrat itu, tunggu daku pada semester akan datang ye UTHM =)


Hari ini jugak my little brother flight back to Jogjakarta dengan terpaksa tidak hadirkan kuliah hari ini dengan kecuaian dia jugak. Nie la sikap adik aku yang tak pernah berubah dari dulu sampai lah sekarang. Sebenarnya flight dia semalam kul 3 petang, tapi pada pukul 2.30 untuk check in dia baru tersedar yang passport dia dengan beg hilang padahal dah sampai ke LCCT jam 1.00 petang dengan selamba pergi jalan2 and makan-makan dulu then xsedar langsung. Rupanya tertingaal kat cyberjaya sebab pagi tue pergi hantar abang dia pergi interview. Jangan tanya apa reaksi abah aku lah memang darah dia naik tinggi tengok perangai anak-anak dia. Nasib lah ada tiket untuk hari nie dan sekarang itu budak dah dalam kapal terbang kul 11 pagi td dia naik...zizi zizi apa yang ko buat nie..jangan buat lagi k...


Hari nie jugak hidup aku akan berubah dengan sekelip mata. macam mana lah aku nak lalui hari-hari mendatang...


Tiba-tiba terbayang wajah abah aku time aku taip entry nie..terbayang wajah hampa seorang bapa bila anak dia buat keputusan untuk tangguh belajar sedangkan dia betul-betul berharap pada anak dia yang sorang nie. Sebak bila aku terfikir susahnya aku nak luahkan hasrat aku pada malam tue dengan sambil aku makan ayam goreng aku luahkan jugak pada dia. Dia xpandang wajah aku time aku dah cakap hasrat aku dan setiap soalan yang dia ajukan tak menoleh aku hinggalah ayat terakhir dari mulut dia "terpulangla ko yang nak belajar bukan abah" time tue memang dah berlinang dah airmata nie tapi cool tahan hingga dah xleh tahan aku bangkit terus ke bilik dan menangis dalam gelap hingga la tertido.


Pagi esoknya, aku nekad kalau abah aku xtegur aku sebelum dia pergi hospital aku akan teruskan jugak belajar dan akhirnya dia tegur aku seperti biasa dan sempat pesan "buat penangguhan tue cepat esok dah naik kerja" kembali senyum wajah ku yang pada awalnya muram dan acting macam kuat padahal tidak sekuat mana.


Selepas abah pulang dari hospital dia baring je kat bilik aku sorang-sorang tapi fikiran dia entah kemana-mana sebab dia xtido tp macam orang mengelamun mungkin dia fikir pasal anak-anak dia. 


Susah kan nak faham hati seorang bapa dan bapa jugak susah nak faham kehendak anak. Itulah kehidupan namanya xsmua dalam dunia nie kita dapat sempurnakan seperti yang di inginkan dan xda siapa pun yang sempurna kat muka bumi Allah nie..


So isma..teruskan hidup dan capai lah apa yang kamu nak capaikan sebelum kamu pergi menunaikan hajat ayahanda kamu..dan buat kawan-kawan yang sambung master saing-saing, korang sambung lah dulu..isz menyusul next semester..=)





Thursday, February 16, 2012

Stress

Korang tahu apa maksud gambar kat bawah nie???



Dah tahukan???
Surat pun dah sampai kat rumah siap ada borang pendaftaran lambat dengan penangguhan semester.

Sekarang ini nak wat penanguhan tok master nie tapi abah saya menghalang dan dia berkeras untuk aku teruskan jugak mean aku kena jugak daftar 29hb nie...tp sekarang aku kerja sayang nak tinggalkan kerja aku yang sekarang nie memandangkan susah nak dapat kerja dengan gaji yang aku dapat sekarang nie....yg penting cukup tok shopping!! hahahaha

Kalau aku nak buat kerja gila pun bole gak keja dengan belajar agak2 xda kelas aku masuk office...tp sampai bila aku larat kan nak ulang alik BP-JB huhuu so terpaksa pilih salah satu then keputusan aku memang nekad nak tangguh...so kena la aku pulun unutk memujuk abah kesayangan saya nie untuk akur dengan keputusan aku kalinie...........

Hopefully everything gonna be ok dan lancar je...amin..

Saturday, January 28, 2012

Cinta itu Racun!!!

Kenapa????!!!!!!!!!!


Why?????????!!!!


Cinta itu Racun!!!!!


Cinta memang indah, Allah berikan kasih sayang yang paling bermakna kepada manusia untuk mencintai dan dicintai oleh pasangan yang lelaki ataupun perempuan. Tapi manusia yang menjadi punca Cinta itu Racun dengan tindak tanduk sendiri yang menjadikan ia sekeruh air ombak dipesisir pantai. 


Rasa sakit bagai dihiris pisau dengan rela hingga membiarkan darah keluar dari kesan hirisan. Kenapa mesti wujud perasaan ini dikala kebahagian semakin dekat. Adakah syaitan sedang menghasut hati dan fikiran untuk mengelapkan mata seseorang ataupun ini ujian Allah untuk hambanya supaya bersabar dan selalu berada disamping-Nya dan tidak pernah lupa akan peneman ketenangan manusia iaitu Al-quran. Ya Allah...


Adakah aku memang seorang yang sangat sangat sensitif sebenarnya atau keadaan yang dah melampau hingga aku perlu untuk terima semua nie dengan begitu kejam hinggakan MAAF bukan lagi pengubat segala kekeruhan tapi PENJELASAN adalah penawar yang terbaik tapi kenapa membiarkan ia seperti watak drama lakonan yang boleh dilupakan dengan mudah semudah ABC???perlu ke PAKSAAN yang diberikan baru semuanya akan berakhir dan perlu ke KEADILAN yang dipinta ditunaikan sedangkan kamu selalu tidak  adil.


Teruskan lah kamu dengan kekayaan yang kamu ada kecapilah selagi mampu sebelum Allah menunjukkan kamu apa yang telah kamu hilang dengan perbuatan kamu sendiri. Saat kamu berjaya kamu lupa akan kehadiranku, kamu lupa akan perasaanku, kamu lupa akan tangisanku selama nie, kamu lupa akan hak ku, kamu lupa akan segala janjimu....teruskan lah...aku akan cuba untuk tidak kisah akan smuanya kerana aku masih lagi berpegang dengan janjimu yang satu...semoga Allah akan memberikan aku jalan untuk menghadapi dugaan yang paling getir dan perit dan semoga apa yang kami rancangkan akan berterusan kerana Engkau Maha Mengetahui. Jika dia jodoh yang Engkau tetapkan maka satukan kami dengan penuh kesyukuran jika dia bukan jodohku maka Engkau permudahkan urusan kami supaya kami tidak bermusuhan antara satu sama lain.


Ya Allah, bimbinglah aku dan lindungilah aku dari godaan syaitan serta hentikanlah tangisan ku ini dan Engkau tunjukkan aku jalan yang terbaik kerana aku terlalu menyayanginya. Amin.


p/s: mencuba dan berusaha untuk menyelamatkan segalanya selagi mampu untuk mencapai kembali kebahagian 3 tahun lalu.


Mungkin aku yang terlalu tertekan atau cintanya semakin pudar akan kegelapan duniawi yang dilaluinya sekarang atau segala yang dia lakukan adalah untuk masa depan kami bersama..yang baik pasti akan diredhai dan akan ditunjukkan.

Sunday, January 15, 2012

First Entry for 2012

Rasanya agak lama xtulis apa2 kat blog.....huhu


Nothing to say much now just to mention that I already resign as a Business Engineer with Luminance System so sad but happy now I'm work at JB so I can meet my Mr.A always hehe...and now in process to "bodek" my boss baik2 nya kasi aku sambung master tp still keja hehehe boleh x macam tue...harap2 la bole sbb master memang xbanyak kelas....mana nak taukan kalau tahu dulu mintak je part time tp nak wat cmne dah mohon dulu full time...


So first month of 2012 I got a new job....really happy even my job now really2 @#%*%^*!!#@#@^%&$^ paham2 ajelaaaa hahahaha


For second month of 2012...kena bermanjakan diri dengan buku2 balik......my mom very happy n she really excited more....wooowww that mean xdapat nak kahwin hujung tahun nie la jawabnya...terpaksa tunda ke tahun hadapan....nasib baik lah Mr.A ok je....terpaksa tunggu buah hati kesayangan dia habiskan master dia sampai tahun depan......


Actually pening jugak pikir pasal nie nak sambung or keja..tp aritue ada tnya bos kalau nak keja tapi nak jugak sambung master then my boss kata "u show me your schedule first then i will accept if u can go on or not" masalah sekarang nak show apanya jadual pun xdapat lagi daftar pun x....tp aku rasa macam boleh bodek lagi boss aku nie kasi aku terus kejaaa but at same time aku sambung blaja....hehehe aga2 boleh dapat x???hopefully dapat la..heee


So FPTEK will be my second faculty at UTHM....woww bakal jadi pendidik ke aku nie...macam xpercaya je.....


Diploma komputer
Ijazah elektrik
Master pendidikan


memang terbaikla isma nie..............smuanya lari kos hahahhaa

Saturday, November 19, 2011

Rindu!!

Rasa sangat lama xupdate blog nie so sangat rindu la kan nak bebel bebel kat cinie hehehe


Sebenarnya macam banyak benda nak cerita tapi kesempatan masa unutk menjenggah blog nie lagikan nak update memang kurang la sekarang tp membaca blog kawan2 yang lain ada plak masa hahahahaa baca boleh tapi nak create tue xboleh ngeee~


Apa yang penting pun nak ucapkan terima kasih banyak2 pada apiz selaku my cameraman pada my C-day last month kan buat Mr.A thanks a lot for everything k xsabar nak tengok storybook hasil kerja apiz hehehe


Time konvo aritue xpakai lense sebab xselesa so buat keputusan pg tue ngn drastik dah siap bagai tinggal nak pergi je g masuk bilik tanggalkan lense hahaha orang xpenah pakai memang mata akan berair la kan so xnak take risk so tanggalkan..sorry ye pija hehe but i like your work on my face for that day =) saya nampak cantik...dan cantik di mata Mr.A hahaha mesti dia saje kan puji tue...dah la bisik je mungkin dia segan dengan apiz kot tapi GF dia nie xsegan pun boleh plak wat2 pekak kan time tue so tibe2 nampak Mr.A so sweet time kena ulang "syg cantik arinie" hehehehe siap apiz cakap dah xpayah tunggu lama2 cepat2la korang pergi fasa seterusnya...wooww mendalam ayat apiz tue tapi....banyak tapi nie...heee apa2 pun insyaAllah bakal ke arah tue dalam masa 2 tahun...doakan ye...=)


Dan xlupa jugak buat anis and nazri yang datang time konvo..terima kasih ye..nanti korang konvo jangan lupa hebah2kan tau boleh aku amik cuti awal2 jumpa korang sambil balik kampung hehehe


Thanks jugak buat semua yang datang buat akak and abg fairuz yang sekodeng my Mr.A nye gerak geri, buat maksu yang nak sangat tengok Mr.A tapi xdapat and buat cik eris ngn cik fiza thanks sebab uruskan smua persediaan konvo ika dr segi amik jubah, pulang jubah dengan amikkan transkrip, buat aqis  and nuha,kamu comel aritue..sian tunggu kak ika lama nak kuar dewan...and terakhir sekali buat smua family yang support everything sampailah ke hari nie THANK YOU SO MUCH!! with LOvE.....and sangat suke dengan bunga yang mak bagi sangat wangi tapi mak kate adik2 biskut yang kuar masuk bilik petik satu2 last2 after 1 week aku balik dah xleh nak tengok lagi dah bunga tue...ermmm sedeh jugak laa hanya dapat tengok gambar je huhuu


so jom layan gambar yang ada nie...hehhee


time kat stadium UTHM

Baling ye kawan kawan hehehe

Jom kita lompat!!

Semua lompat...tapi adam ngelat haha


Yang nie with nazri and anis...kawan time diploma and sambung degree pun 
kat U yang sama...len course je..
puas fikir time nie sape yang wat lawak sampai sonok sakan hahaha


With shaf and fiza...hehe


End!!


p/s: rasa rasa macam tajuk tue xmenunjukkan entry kali nie hahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...